Wakaf Penapis Air Halal

Apa Itu Wakaf ?

Wakaf adalah berasal dari perkataan wakafa yang bermaksud berhenti atau tertahan. Ianya diertikan sebagai satu amalan menyerahkan harta yang dimiliki untuk kegunaan atau manfaat orang ramai. Amalan ini merupakan satu cabang ibadah kerana tujuan asas amalan wakaf adalah untuk mendekatkan diri dan mendapat keredhaan Allah S.W.T. dengan cara membelanjakan harta ke jalan Allah.

Contoh amalan wakaf adalah seperti seseorang mewakafkan tanah seluas seekar yang dimilikinya untuk dibina masjid di atasnya bagi kegunaan orang ramai beribadah dan menjalankan aktiviti keagamaan. Wakaf boleh dilaksanakan dengan harta yang berbentuk kekal seperti tanah, bangunan, rumah dan juga wang tunai.

Mekanisme wakaf merupakan satu ibadah yang mempunyai asas agama yang mendalam. Para fuqaha’ berpandangan bahawa amalan wakaf mempunyai dua objektif asas iaitu menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan pewakaf akan menerima ganjaran pahala yang berkekalan dan berterusan hingga ke hari akhirat.

‘PROGRAM WAKAF PENAPIS AIR HALAL HIJRAH WATER’ merupakan kembara jihad usahawan Muslim HIJRAH WATER untuk turun padang dan memastikan setiap rumah ibadah seperti Masjid, Surau, Madrasah, Tahfiz dan Sekolah khususnya menggunakan penapis air HALAL.

Program Wakaf Penapis Air Halal

atau scan di bawah